Make your own free website on Tripod.com


Prinsip Bernoulli 2

dot

 
Topik-Topik
 

Home
Penghargaan
Pepejal/Cecair/Gas
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Tekanan
Lekitan Dan Lekatan
Prinsip Archimedis
Kekenyalan
Kekuatan
Ketumpatan
Tegangan Permukaan
Mensyukuri
About Us

APLIKASI PRINSIP BERNOULLI

Aerofoil

Penerbangan kapal terbang adalah bergantung kepada bentuk aerofoil yang terdapat pada bahagian sayap dan ekor kapal terbang.

Apabila sayap berbentuk aerofoil bergerak dalam udara, pengaliran udara adalah lebih laju di bahagian atasnya dan akan menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah. Pengaliran  udara yang lebih perlahan di bahagian bawah akan menghasilakn satu kawasan bertekanan tinggi.

 Perbezaan tekanan di bahagian atas dan bawah menghasilkan satu daya angkat yang  menolong kapal terbang mendaki.

Karburator

Karburator adalah satu bahagian enjin di mana udara dicampur dengan petrol pada kadar yang betul supaya pembakaran dalam enjin kereta boleh berlaku.

Udar yang mengalir melalui pengawal udara, iaitu pencekik, dipaksa emngalir melalui satu bahagian yang sempit.

Menurut Prinsip Bernoulli, kelajuan udara yang lebih tinggi di sini menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah. Maka, petrol yang berada pada tekanan atmosfera akan disembur keluar melalui jet dan bercampur dengan udara.

Campuran udara ini akan disedut masuk ke dalam silinder untuk pembakaran   

Penunu bunsen

Apabila penunu bunsen disambungkan kepada satu bekalan gas, aliran gas yang laju ke dalam penunu bunsen menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah.

Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di bahagian luar penunu bunsen menyebabkan udara disedut masuk serta bercampur dengan gas.

Campuran ini memungkinkan pembakaran yang lengkap dan menghasilkan nyala yang bersih, panas dan kurang berkilau serta tidak berasap.

 

 

 
Topik Berkaitan
 

dot

dot

Sebarang Pertanyaan Boleh Email Kepada MASZIDAH BINTI MUSA,NORAIN OMAR,NORA AZIAN DURIAT,FATEH MD YUNUS,NURHIDAYAH ARSHAD,KARTINI RAMDAN