Prinsip Bernoulli
PRINSIP BERNOULLI
Tekanan dalam bendalir yang bergerak
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa dalam suatu sistem
pengaliran bendalir yang mantap, tekanan bendalir menjadi rendah
apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya. Udara
adalah bendalir, seperti gas lain, udara berkelakuan seperti air
dan cecair yang lain, serta mematuhi prinsip Bernoulli.
Udara ditiup dipermukaan atas kertas, aliran udara yang laju
menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah dibahagian atas
kertas. Udara udara di bawah permukaan kertas tidak bergerak
mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Ini menghasilkan satu daya
angkat yang menolak kertas ke atas.
Apabila air mengalir menerusi tiub Bernoulli pada kadar yang
mantap, tekanan air adalah rendah apabila pengaliran air itu
laju.ini kerana molekul-molekul iar mempunyai jumlah tenaga yang
tertentu. Apabila air bergerak perlahan, air masih lagi mempunyai
tenaga untuk menimbulkan tekanan yang tinggi. Akan tetapi apabila
air bergerak pantas, gerakan itu menggunakan banyak tenaga dan
oleh itu, hanya sedikit tenaga yang tinggal untuk menimbulkan
tekanan, maka tekanan air pun berkurangan.