Make your own free website on Tripod.com


Perubahan Jirim

dot

 
Topik-Topik
 

Home
Penghargaan
Pepejal/Cecair/Gas
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Tekanan
Lekitan Dan Lekatan
Prinsip Archimedis
Kekenyalan
Kekuatan
Ketumpatan
Tegangan Permukaan
Mensyukuri
About Us

Perubahan Keadaan Jirim

 1. Jirim boleh berubah dari satu keadaan , pepejal , cecair dan gas kepada keadaan yang lain.

2. Jirim juga boleh mengalami perubahan tenaga haba , samada haba diserap atau dibebaskan .

3. Perubahan tenaga haba berlaku pada suhu yang malar.tenaga haba yang terlibat semasa perubahn keadaan jirim tidak dapat dikesan oleh termometer (haba pendam).Perubahan keadaan jirim adalah satu proses perubahn tenaga haba tanpa mengalami sebarang perubahan suhu.

4. Apabila pepejal dipanaskan, tenaga kinetik molekul bertambah dan bergetar lebih kuat.Pada takat lebur , kekisi hablur memecah dan perubahn pepejal kepada cecair.Semasa peleburan (pelakuran) suhu pepejal tidak bertambah kerana tenaga yang diterima digunakan untuk mengatasi daya tarikan anatara molekul.Suhu bertambah sebaik sahaja peleburan lengkap.Tenaga haba yang diserap untuk meleburkan pepejal ialah haba pendam pelakuran.

5. Apabila cecair dipanaskan , cecair berubah kepada gas pada takat didih. Semasa pengewapan , suhu cecair tidak mengalami penambahan kerana haba yag diterima digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul cecair.Tenaga haba yang diserap untuk mengewapkan cecair ialah haba pendam pengewapan.

6. Semasa kondensasi berlaku , gas akan membebaskan haba pendam pengewapan untuk membentuk cecair.

7. Semasa pembekuan, cecair akan membebaskan haba pendam pelakuran untuk membentuk pepejal.

8. Pemejalwapan adalah satu proses perubahan jirim daripada pepejal kepada gas atau gas kepada pepejal secara langsung tanpa melalui keadaan cecair.

 

 

[Pepejal1][Pepejal2][Pepejal3][Pepejal4]

 
Topik Berkaitan
 

Peresapan
Perubahan Jirim
Teori Kinetik

dot

dot

Sebarang Pertanyaan Boleh Email Kepada MASZIDAH BINTI MUSA,NORAIN OMAR,NORA AZIAN DURIAT,FATEH MD YUNUS,NURHIDAYAH ARSHAD,KARTINI RAMDAN