Make your own free website on Tripod.com


Mensyukuri 2

dot

 
Topik-Topik
 

Home
Penghargaan
Pepejal/Cecair/Gas
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Tekanan
Lekitan Dan Lekatan
Prinsip Archimedis
Kekenyalan
Kekuatan
Ketumpatan
Tegangan Permukaan
Mensyukuri
About Us

Sifat jirim dalam perkembangan teknologi

Gentian kaca

Kaca digunakan untuk menghasilkan gentian optik.gentian kaca ini yang setebal rambut manusia berupaya untuk membawa cahaya dengan kecekapan yang tinggi

Aplikasi yang paling mudah bagi gentian optik ialah dalam membawa cahaya ke lokasi yang sukar dicapai, misalnya di hujjung gerudi yang digunakan oleh doktor pergigian

Gentian kaca juga digunakan dalam penghantaran imej seperti dalam pelbagai peralatan perubatan yang dapat melihat bahagian dalam badan manusia  dan juga  untuk pembedahan laser

Dalam bidang komunikasi, kabel serabut optik yang terdiri daripada gentian-gentian kaca telah digunakan untuk menggantikan wayar kuprum. Kabel serabut optik ini mampu membawa maklumat dalam bentuk isyarat cahaya dengan lebih laju dan cekap

Plastik terbiodegradasi

Plastik sukar diuraikan kepada  komponen  yang lebih ringkas. Jadi, ini menimbulkan satu masalah dalam pembuangan sampah barangan plastik. Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan penggunaan plastik dan mengamalkan kitaran semula plastik.

Sesetengah plastik boleh dilembutkan melalui pemanasan dan dikeraskan semula dengan penyejukan secara berulang. Jenis plastik ini dipanggil termoplastik dan ia boleh dikitar semula dengan diacu dan diguna semula

Ahli penyelidik kini sedang berikhtiar untuk menghasilkan plastik terbiodegradasi, iaitu  sejenis plastik yang dapt diurraikan oleh tindakan bakteria. Semasa pembuatan, molekul kanji dicampurkan kepada resin plastik dan apabila palstik dibuang, bakteria akan memakan molekul plastik memecah dan terurai.

Ahli sains juga sedang mengkaji cara menghasilakan plastik yang akan terurai dengan lebih cepat melalui pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari.  

 

 

 
Topik Berkaitan
 

dot

dot

Sebarang Pertanyaan Boleh Email Kepada MASZIDAH BINTI MUSA,NORAIN OMAR,NORA AZIAN DURIAT,FATEH MD YUNUS,NURHIDAYAH ARSHAD,KARTINI RAMDAN