Make your own free website on Tripod.com


Mensyukuri

dot

 
Topik-Topik
 

Home
Penghargaan
Pepejal/Cecair/Gas
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Tekanan
Lekitan Dan Lekatan
Prinsip Archimedis
Kekenyalan
Kekuatan
Ketumpatan
Tegangan Permukaan
Mensyukuri
About Us

MENSYUKURI PELBAGAI SIFAT JIRIM DALAM MEMBANTU KESEJAHTERAAN HIDUP.

Kepelbagaian sifat jirim.

Kehidupan seharian manusia dikelilingi dengan benda-benda yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan.bahan yang digunakan untuk membuat alat-alat atau perkakas-perkakas di rumah, di sekolah dan lain-lain tempat dipilih berdasar sifat-sifat yang tertentu 

Alat yang diguna oleh manusia dalam kehidupan harian sudah pasti tidak dapat berkembang atau tidak wujud sama sekali tanpa perkembangan dalam bidang sains bahan.

Bahan

Sifat-sifat fizik

Contoh

Logam

Bahan yang terdiri daripada unsur logam yang boleh didapati dalam kerak bumi.

Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih unsur logam pada peratusan yang tertentu untuk mengubah sifat-sifat  asal logam dan menghasilkan aloi yang mempunyai sifat-sifat tertentu

 

Keras dan kuat

Mudah lentur dan boleh diregangkan untuk membentuk dawai atau kepingan yang nipis

Boleh diketuk dan dijadikan pelbagai bentuk

Konduktor haba yang baik

Konduktor elektrik yang baik

Logam seperti besi yang mudah berkarat

Bahan kenderaan, kapal  dan jambatan(keluli)

Pingat, pedang (gangsa)

Alat elektrik, barang perhiasan (loyang)

Duit syiling (kupronikel)

Barang cenderamata(puiter)

Seramik

Bahan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah dibakar pada suhu yang sangat tinggi

Seramik ialah suatu campuran antara unsur-unsur logam dan bukan logam

Kebanyakan bahan yang berada dalam kategori ini erdiri daripada mineral tanah liat, simen dan kaca

Untuk menghasilkan bahan seramik yang mudah, mula-mula objek direka bentuk semasa tanah liat masih lembap. Kemudian objek yang telah direka bentuk dikeringkan. Objek ini boleh dilembutkan semula dengan mencampurkan air.objek kemudiannya dibakar pada suhu yang tinggi. Hasil yang diperolehi tidak boleh dilembutkan semula apabila terkena air   

Tahan haba  tinggi

Sangat keras tetapi  rapuh

Tahan serangan bahan kimia

Takat lebur yang tinggi

Penebat elektrik

Penebat haba

Batu bata

Jubin

Tembikar dan porselin

Simen

Cip mikro

Superkonduktor

Magnet

Kaca

Bahan tiruan yang diperbuat daripada silika atau silikon dioksida

Kaca merupakan silikat logam atau campuran silikat logam yang telah dipanaskan pada suhu yang dan kemudian disejukkan dengan cepat cepat supaya ia memejal sebelum penyusunan atom-atom boleh berlaku.cecair sejuk lampau ini membentuk bahan keras lut sinar iaitu kaca.

Kaca sebenarnya mempunyai kelikatan yang sangat tinggi pelbagai jenis kaca boleh dihasilkan bergantung pada komposisinya.

         Kaca silika terlakur

         Kaca soda kapur

         Kaca borosilikat

         Kaca plumbum

Lutsinar

Takat lebur agak tinggi

Penebat haba

Tidak mengkonduksi elektrik

Lengai secara kimia

Keras tetapi rapuh

Tidak telap

Boleh diacu atau ditiup pada suhu yang tinggi kepada bentuk yang dikehendaki

 

Botol dan balang

Gelas dan cawan

Radas makmal

Kanta dan cermin mata

Tingkap

Barang perhiasan

Getah

Getah asli diperolehi daripada pokok getah hevea brasiliensis yang berasal dari Brazil

Malaysia adalah pengeluar getah asli terbesar didunia

Getah tiruan diperbuat daripada petroleum

Sangat kenyal

Kuat dan tahan lasak

Penebat elektrik

Tayar kereta

Penebat wayar

Sarung tangan

Tilam

Kasut

Topi renang

 

Plastik

Bahan organik semulajadi atau tiruan

bullet Jenis-jenis plastik:
bullet Polietena
bullet Polipropena
bullet Polistirena
bullet Fluoro karbon
bullet Epoksi
bullet Poliester

Ketumpatan rendah

Tahan pengakisan oleh bahan kimia

Kalis air

Konduktor haba yang lemah

Penebat elektrik

Boleh diacu kepada bentuk yang dikehendaki

 

Baldi

Bekas dan beg plastik

Cawan dan piring

Kerusi dan meja

Palam elektrik

Paip

 

 

 

 
Topik Berkaitan
 

Mensyukuri 2

dot

dot

Sebarang Pertanyaan Boleh Email Kepada MASZIDAH BINTI MUSA,NORAIN OMAR,NORA AZIAN DURIAT,FATEH MD YUNUS,NURHIDAYAH ARSHAD,KARTINI RAMDAN