Make your own free website on Tripod.com


dot

 
Topik-Topik
 

PRINSIP BERNOULLI

Tekanan dalam bendalir yang bergerak

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa dalam suatu sistem pengaliran bendalir yang mantap, tekanan bendalir menjadi rendah apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya. Udara adalah bendalir, seperti gas lain, udara berkelakuan seperti air dan cecair yang lain, serta mematuhi prinsip Bernoulli.

Udara ditiup dipermukaan atas kertas, aliran udara yang laju menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah dibahagian atas kertas. Udara udara di bawah permukaan kertas tidak bergerak mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Ini menghasilkan satu daya angkat yang menolak kertas ke atas.

Apabila air mengalir menerusi tiub Bernoulli pada kadar yang mantap, tekanan air adalah rendah apabila pengaliran air itu laju.ini kerana molekul-molekul iar mempunyai jumlah tenaga yang tertentu. Apabila air bergerak perlahan, air masih lagi mempunyai tenaga untuk menimbulkan tekanan yang tinggi. Akan tetapi apabila air bergerak pantas, gerakan itu menggunakan banyak tenaga dan oleh itu, hanya sedikit tenaga yang tinggal untuk menimbulkan tekanan, maka tekanan air pun berkurangan.

 

 

 
Topik Berkaitan
 

dot

dot

Sebarang Pertanyaan Boleh Email Kepada