Kekuatan Dan Ketegaran
Ø
Kekuatan bahan ialah kebolehan bahan tersebut untuk menahan daya
yang dikenakan tanpa pecah.
o
Bahan
yang kuat memerlukan daya yang besar untuk memecahkannya.
o
Kekuatan bahan juga bergantung pada cara daya dikenakan.
Misalnya, konkrit adalah kuat apabila dimampatkan tetapim menjadi
lemah apabila diregangkan.
Ø
Ketegaran bahan ialah kebolehan bahan tersebut untuk menahan daya
yang dikenakan tanpa dilenturkan.
o
Bahan
yang tegar boleh menentang daya yang cuba mengubah bentuk atau
saiznya.
o
Bahan
tegar sukar untuk dilentur. Keluli adalah kuat dan tegar,
manakala tali adalah tidak tegar tetapi kuat menahan tegangan.
Ø
Alang
adalah satu bahagian yang paling ringkas dan umum dalam struktur
yang besar. Apabila alang dibengkokkan, kedua-dua daya mampatan
dan regangan bertindak secara serentak. Daya yang lebih besar
diperlukan untuk memampat atau meregang bahan yang terletak lebih
jauh dari satah neutral. Struktur penyokong ufuk bagi lantai
dinamakan rasuk, bagi bumbung pula dinamakan alang dan bagi bagi
jambatan pula dinamakan galang.

Ø
Takik,
retak atau calar pada permukaan bahan rapuh akan merebak dengan
mudah di bahan regangan tetapi tidak merebak di bawah mampatan.
Bahan rapuh adalah lemah dan boleh pecah dengan tiba-tiba apabila
dikenakan daya. Contoh bahan rapuh ialah bata, besi tuang dan
kaca.
Ø
Beberapa kegunaan sifat kekuatan dan ketegataran bahan dalam
kehidupan ialah;
o
Galang
geluli berbentuk-I. Bahan boleh dikeluarkan daripada satah
neutral tanpa melemahkan galang itu kerana tidak dikenakan pada
satah neutral. Galang berbentuk-I adalah lebih ringan tetapi
masih mempunyai kekuatan yang sama dengan galang biasa dan
menjimatkan bahan. Bebibir atas dan bebibir bawah galang dapat
menahan daya mampatan dan daya regangan daripada beban.
o
Jambatan batu gerbang. Batu pada gerbang berada dalam keadaan
termampat supaya dapat menyokong beban yang besar. Batu adalah
suatu bahan rapuh yang kuat dibawah mampatan tetapi lemah dibawah
regangan.
o
Jambatan galang yang tidak mempunyai bahan dalam satah neutral.
Jambatan ini diperkukuhkan dengan batang besi yang ditetapkan
secara serong. Bahagian atas jambatan ditindakkan oleh daya
mampatan dan bahagian bawah jambatan ditindakkan oleh daya
regangan untuk memperkukuhkan jambatan itu.
o
Kekuatan dan ketegaran bahan konkrit boleh ditambah dengan
memasukkan rod besi ke dalamnya, iaitu konkrit bertetulang.
Contohnya, konkrit pra-tegasan diperbuat dengan memasukkan rod
keluli yang diregangkan ke dalam konkrit sebelum konkrit itu
menjadi kering. Rod keluli itu akan menentang daya regangan dan
dengan itu, mengekalkan konkrit itu dalam keadaan mampatan.
o
Kekuatan dan ketegaran juga boleh ditambah dengan menggunakan
bahan berlamina yang mengandungi lapisan kuat dan lemah yang
berselang-seli supaya retak yang merebak boleh dihentikan dalam
lapisan lemah yang lembut. Papan lais adalah satu bahan yang
berlamina.
o
Tempat
duduk penumpang kereta diperbuat daripada bahan yang mempunyai
kekuatan mampatan yang tinggi. Ini adalah untuk memastikannya
tidak mudah remuk dan keselamatan penumpang terjamin semasa
kemalangan berlaku.
o
Kaca
gentian digunakan untuk menghasilkan topi keledar motosikal
kerana sifatnya yang ringan dan mempunyai kekuatan mampatan yang
tinggi.
o
Dalan
pembuatan kaca keselamatan, penbentukan takik boleh dielakkan
dengan melicinkan permukaan kaca.
o
Aloi
boleh memperkukuhkan bahan. Aloi diperbuat daripada campuran
beberapa jenis unsur mengikut nisbah yang tertentu. Contohnya,
keluli ialah aloi besi dan karbon.
o
Kaca
serabut diperbuat daripada gentian yang dicantumkan dengan damar
untuk membentuk satu bahan yang kuat dan ringan. Kaca serabut
adalah kalis api, kalis air, kalis karat dan merupakan penebat
haba yang baik. Kaca serabut ialah satu bahan yang kuat dan
tegar.
Ø
Untuk
membina suatu struktur yang kuat dan tegar, seseorang jurutera
mestilah menkaji keupayaan bahan yang dipilih untuk menentang
daya reganagn dan daya mampatan yang tinggi. Di samping itu, dia
juga mesti mencadangkan bentuk struktur binaan yang paling sesuai
untuk situasi berkenaan.