Hukum Hooke menyatakan bahawa regangan spring berkadar langsung
kepada daya yang dikenakan ke atasnya jika daya tersebut tidak
melebihi had kenyal spring. Hukum Hooke
Benar untuk mampatan dan regangan bahan kenyal.
Rumus hukum Hooke ialah: F = kx , d imana F
= daya(N)
k
=
pemalar spring
(Nm-1)
x
=
regangan atau mampatan (m)
bahan yang mempunyai nilai k yang lebih besar ialah bahan
yang lebih tegar. Daya yang lebih besar diperlukan untuk
meregangkannya.
Kekuatan spring bergantung kepada:
Panjang asal spring.
Jika faktor-faktor lain adalah malar, spring yang lebih panjang
akan mempunyai nilai k yang lebih kecil, iaitu spring yang lemah.
Diameter spring
Jika faktor-faktor lain adalah malar, springyang mempunyai
diameter yang lebih besar akan mempunyai nilai k yang lebih
kecil, iaitu spring yang lemah
Saiz spring
Dawai spring yang lebih tebal akan mempunyai nilai k yang lebih
besar.
Jenis spring
Bahan spring juga mempengaruhi nilai k. spring keluli adalah
lebih kuat daripada spring kuprum.
Susunan spring
Susunan spring bersiri- jika
n spring yang serupa disambung secara siri, jumlah
regangan kumpulan spring tersebut ialah nx
Susunan spring selari- jika n spring yang serupa disusun
secara selari antara satu sama lain jumlah regangan kumpulan
spring tersebut ialah x/n